PERATURAN PSS

Peraturan Perpustakaan

Peraturan Am
1. Borang permohonan Kad Pintar boleh didapatkan dengan bayaran RM 0.20.

2. Kad Pintar yang siap dikenakan bayaran RM 2.00. Kad Pintar digunakan untuk meminjam buku Bahagian Am dan Bahagian Rujukan.

3. Tempoh pinjaman adalah seperti berikut:-
i) Bahagian Am - Tempoh pinjaman 2 minggu
Denda lewat ialah RM 0.20 sehari (termasuk cuti)
ii) Bahagian Rujukan - Tempoh pinjaman ialah 3 hari
Denda lewat ialah RM 0.30 sehari (termasuk cuti)

4. Pelajar boleh meminjam 2 buah buku Bahagian Am dan sebuah buku Bahagian Rujukan.

5. Guru, Pengawas Pusat Sumber dan kakitangan sekolah (kerani, penolong makmal) boleh meminjam 3 buah buku Bahagian Am dan 2 buah buku Bahagian Rujukan.

6. Sekiranya peminjam menghilangkan buku, penggantian semula diwajibkan sama ada berbentuk buku yang sama atau pembayaran dua kali ganda nilai buku tersebut.

7. Kad pintar tidak boleh dipindah milik.

8. Buku Bahagian Bertanda Merah hanya untuk rujukan di dalam Pusat Sumber.

9. Pengguna-pengguna Pusat Sumber tidak dibenarkan makan, minum dan membuat bising di dalam Pusat Sumber.

Peraturan Pelajar
1. Pelajar-pelajar haruslah memakai pakaian sekolah yang kemas dan lengkap semasa berada di dalam Pusat Sumber.

2. Pelajar hendaklah meletakkan beg dan buku di rak almari yang terletak di luar Pusat Sumber.

Peraturan Guru
1. Guru yang ingin menggunakan Pusat Sumber boleh membuah tempahan di Buku Tempahan Pusat Sumber.

2. Guru yang membawa masuk kelas hendaklah menjaga disiplin pelajar.

3. Guru yang menggunakan Pusat Sumber hendaklah mengisikan Rekod Penggunaan Pusat Sumber.

Peraturan Bilik APD
1. Guru matapelajaran hendaklah sentiasa berada bersama-sama dengan pelajar di dalam bilik APD.

2. BBM atau buku di alam bilik APD hanya boleh dipinjam oleh guru.

3. Guru yang menggunakan bilik APD hendaklah mengisikan butir-butir ke dalam buku Rekod Penggunaaan Bilik APD yang telah disediakan.

4. Sekiranya alatan elektronik digunakan, suis alatan mestilah dipadamkan sebelum meninggalkan bilik APD.

5. BBM yang dipinjamkan hendaklah direkod dahulu di dalam buku Rekod Pinjaman BBM sebelum dibawa keluar dan direkod semula apabila dipulangkan.

6. Pelajar dilarang sama sekali untuk mengendalikan peralatan-peralatan di bilik APD tanpa kebenaran daripda guru mereka.

7. Pastikan bilik APD sentiasa berada didalam keadaan yang bersih dan kemas.
No posts.
No posts.
Template by - Abdul Munir - 2008